rawrr
ENTRY ABOUT LINKIES STUFF TWITTER FACEBOOK BLOGSKIN +FOLLOW
Owner


안영하세요 ! you have entered the memories land. Do navigate around and leave your messages in my cbox. Thank you. 안영 !


Intsa

Instagram

Family


[[CHANGE TO YOUR FOLLOWER WIDGET]]

Wishlist !!

wish1
wish2
wish3
wish4

D' Credits
Surah Yusuf: Sebuah kisah yang menyentuh hati..
Monday, 8 April 2013 • 06:14 • 0 comments

Surah Yusuf adalah surah ke-12 dari surah-surah Al-Qur'an, kedudukannya pula berada pada juzu' 12. Di dalamnya terdapat 111 ayat, ia berada antara Surah Hud dan Surah Ar-Rad. Sekian sekilas pengenalan surah Yusuf dan kedudukannya di dalam Al-Qur'an.

Baiklah, pada entri post kali ini penulis bukanlah hendak membahas surah ini dari segi penafsiran, fadhilatnya, atau kelebihan bila membaca surah ini, tapi pada tulisan kali ini penulis ingin membahas tentang makna serta cerita yang dikisahkan oleh Allah ta'ala di dalam surah ini.

Berbeza dengan surah sebelumnya, yakni Surah Hud yang menceritakan tentang nabi Hud kemudian diceritakan juga tentang kisah nabi-nabi yang lain, dalam surah Yusuf ini, Allah mengkhususkan tentang perjalanan kisah nabi Yusuf 'alaihis salaam sahaja.

Seperti yang kita tahu pada umumnya tentang kisah nabi Yusuf yang beliau dikhianati oleh saudara-saudaranya sendiri kerana iri padanya, hingga ayahnya Nabi Ya'qub menangis sampai buta matanya, kemudian beliau ditemukan di perigi oleh kafilah yang melewati tempat tersebut kemudian dijual sebagai hamba, diambil oleh tuannya sebagai anak angkat, selepas itu ia digoda dengan isteri tuannya hingga hampir sahaja ia melakukannya jika tidak ada tanda teguran dari Allah, kemudian para wanita yang memujinya seperti malaikat hingga tangan mereka berdarah terluka oleh pisau dek kerana tertawan dengan ketampanannya, nabi Yusuf diberi dua pilihan dan beliau memilih penjara, di dalam penjara beliau menafsirkan mimpi bagi dua orang kawannya, selepas itu beliau menafsirkan mimpi raja hingga beliau dimuliakan oleh Allah dengan menjadi salah seorang pembesar negeri, terakhir sekali beliau bertemu dengan saudara-saudaranya hingga beliau dapat membawa bapa dan keluarganya ke negerinya. Untuk cerita lebih lanjut secara terperinci akan dipaparkan pada tulisan akan datang insya Allah.

Apa yang penulis dapatkan, surah ini dikisahkan secara mudah untuk difahami alur ceritanya, dan penulis dapatkan empat tempat dalam surah ini yang menjadi kesukaan penulis sebagai ubat untuk menghilangkan kesedihan, keraguan, depresi dan stress dari segi maknanya.

1. Ayat 83: فَصَبْرٌ جَمِيلٌ
Maka kesabaran yang baik itulah (kesabaranku)

2. Ayat 86: إِنَّمَا أَشْكُو بَثِّي وَحُزْنِي
Sesungguhnya hanya kepada Allah lah ku adukan kesusahan dan kesedihanku

3. Ayat 87: وَلاَ تَيْأَسُواْ مِن رَّوْحِ اللّهِ
Jangan kalian berputus asa dari rahmat Allah

4. Ayat 90: إِنَّهُ مَن يَتَّقِ وَيِصْبِرْ فَإِنَّ اللّهَ لاَ يُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ
Sesungguhnya barang siapa yang bertakwa dan bersabar, maka sesungguhnya Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat baik.

Keempat-empat ayat di atas adalah ayat nasihat dan ajuran dari Allah yang dikisahkan dalam surah ini. Pada penulis ayat-ayat ini sangat memotivasi dan memberikan pengajaran kepada muslimin di muka bumi ini dalam mengharungi kehidupan yang fana.

Penasaran dan ingin tahu? Penulis menganjurkan untuk membaca dan mengikuti alur cerita kisah nabi Yusuf dari awal hingga akhir di dalam surah ini, bagi yang tidak dapat berbahasa arab ada baiknya membuka terjemahan dan tafsiran surah ini.

Setiap kali penulis membaca surah ini, penulis dapatkan diri ingin menitiskan air mata, bahawa Allah setiap kali memberikan dugaan dan cubaan, maka akan diselingi pula dengan kenikmatan. Bagi mereka yang bersabar dan bertaqwa akan mendapatkan ganjaran di dunia serta di akhirat kelak.

Setiap kali kita mendapatkan ujian, maka ingatlah ujian yang menimpa kita tidak ada apa-apanya dibandingkan ujian yang menimpa para anbiya', khususnya nabi besar junjungan kita Rasulullah shollahu 'alaihi wa sallam. Bersabarlah dan jalani hidup ini. Allah bersama setiap hamba Nya, meskipun hamba Nya itu bermaksiat kepadanya berkali-kali.

Masih ada jalan untuk kembali, masih ada harapan untuk bertaubat, masih ada kesempatan untuk berubah menjadi lebih baik. Jangan pernah berputus-asa dengan rahmat Allah. Itulah bukti kasih sayang Allah, berapa kali pun kita berpaling pada Allah, selagi nyawa dikandung badan, Allah tidak pernah berhenti mengampunkan dosa hamba-hamba Nya yang bertaubat.

Untuk mendalami lagi kisah tersebut, sila rujuk penafsiran para ulama', salah satu contoh tafsir yang ada adalah tafsir Ibnu Katsir dan tafsir Ibnu Jarir At-Thobari. Allahu'alam.


Masjid Nabawi,
Isnin, 11/03/2013, 8:32 PM


P/S: Jangan pernah berputus asa terhadap rahmat Allah, seseorang mengajarkan aku bahawa tidak ada yang salah dalam setiap keputusan Allah, yang ada hanyalah kekerdilan fikiran kita menangkap hikmah disebaliknya :)


PASTFUTURE